Induksi adlah suatu pengenalan kepada program atau aktiviti yg bakal kita ikuti. Secara jujurnya program tersebut memang memerlukan fizikal dan mental yg kuat. Setelah seminggu mengikuti program tersebut, masalah kurang tidur adalah point utama yg bakal kita hadapi. Kita hanya ada masa utk merehatkan diri hanya satu jam atau kurang atau tak tidur langsung . Kadang2 kantuk mata yg kita rasa semacam hilang bila aktiviti tersebut berakhir. Tapi kita perlu bersedia pula utk aktiviti seterusnya. Itulah induksi... tidur yg tak cukup, stamina yg tinggi di perlukan, mental dan fizikal harus bersedia sepenuhnya kerana aktiviti tersangat- sangat mencabar dan menguji minda, alert, focus, dan semangat sepasukan yg jitu juga di uji sama ada kita mampu utk menggalas tugasan tersebut apabila tiba detik itu atau tidak. Kita stop criter induksi dan kita sambung point utama iaitu problem. Induksi ni juz mukadimah je..huhuu
Owkey..point utamanya adalah problem. Sebenarnya problem ni bukan baru hari ni aku alaminya. Bleh kata stp kali terMISS mesti akan menjejaskan hari2 seterusnya. Sebenarnya problem aku ni tak la besar mana. Utk mengUPDATE blog yg dh lama aku tak update, so aku muatkan la citer ni. Problem aku ialah susah nak tidur. Setiap kali terMISS waktu yg pada kebiasaannya aku tidur, problem ni la yg akan timbul. Jika aku pernah tak tidur dalam tempoh 24jam then ianya akan berlarutan utk beberapa hari. Aku hanya bleh tidur setelah mengambil ubat yg bleh buatkan aku mengantuk. Sekarang ni, masalah aku tak bleh tidur bermula semasa induksi...sejak dr minggu induksi tu hinggalah hari ni masalah ni tak selesai juga. Tapi Alhamdulillah, sekurang-kurangnya se;epas induksi, dapat la aku tidur 2 or 3jam sehari. Tak la sampai tak tidur langsung Cuma tak cukup tidur. Tak cukup tidur tenaga menurun, badan tak sedap, proses pemikiran juga mungkin akan mengalami masalah, emosi tak stabil, dan macam2 lagi la.
Kalo tak cukup tidur ,Mata bengkak dan besar biji bola macam mana pun aku tak boleh tidur jika tidak makan ubat yg bleh buat aku tidur. Memandangkan aku ada masalah allergic, so ubat tu la yg selalu jd mangsa aku. Mak dan family aku tak tahu. Rasanya ubat tu pun dh lali sangat dgn aku sampai tak bg effect. Skrg ni aku dh tak makan ubat tu dah.. dah insaf la konon. Aku juz biarkan je mata ni tak tidur sampai la aku tertidur. Orang kata kalo nak tidur yg best kena minum susu sebelum tidur. Tp aku dah TRY, TEST, CUBA tak juga tidur2 walaupun ngantok. Skrg ni aku tgh berusaha utk dapatkan semula tidur aku yg normal. Tanggal 23 genap la sebulan aku tak dpt kembalikan tidur aku yg normal. Time aku tulis citer ni pun adalah time org semua tidur. ¾ mlm..ni la masa aku tulis citer ni. Tapi aku tak post terus kat blog. Aku biar je lama2 sampai dah basi kat dalam mr. Lappy ni..dh basi and berkulat aku post ea.
Oraitzz.. skrg masa utk mintak maaf plak. 1ly, nak mintak maaf kat mama and semua family coz sampai skrg korg tak tahu aku ambil ubat tu utk tidur. Dun wori..aku tak ketagih. Sori juga coz aku selalu stay awal kat bilik and tak kumpul dgn korg mcm kebiasaannya. Makin kurang aku stay dgn korg time mlm sejak akhir2 ni..bleh di hitung sejak aku cuti dan balik dari induksi tu. Aku stay kat bilik utk kembalikan masa tidur aku tapi akhirnya aku tergolek kat katil tu sampai aku t’ tido. Tak tau pukul berapa tp yg aku pasti melebihi kul 1 or 2 pagi. Then akan terjaga stp jam..begitula citernya.
So, sebelum berakhinya citer ni, aku nak tanya..ubat tidur mmg ada tp kat mana kite nak dpt ea? Bleh ke prob ni selesai ngn ubt tu?? Atau adakah ni d kategorikan sbg penyakit? Korg pernah dgr kan penyakit ni..aku lupa la nama penyakit ni.tp mmg ada la penyakit mcm ni..aku yakin!! Tp jujurnya aku tak punya kekuatan and keberanian nak refer kat doc. Takut jika jwpan doc adalah YA, AWAK MENGALAMI SAKIT *******. Korg jgn bg tau mak and family aku tau. TQVM semua.. syg korg!! (^_^)