Untukmu ayah...
Ayah, ketika berjauhan baru ku rasa hangat kasihmu. Sungguh aku rindu untuk menatap redup wajahmu yang sering menemaniku. Ayah, sering kali aku terbayangkan ketenangan yang kau pamirkan di sebalik keresahan seperti tidak wujud masalah dalam hidupmu. Tapi aku tahu disebaliknya kau sembunyikan seribu satu masalah. maafkan aku ayah jika aku juga merupakan salah satu pencetus masalah buatmu. Ayah, maafkan anak mu ini jika sering terlanjur kata kerana anak mu ini belum cukup matang dan sering menginginkan gurauan darimu. Namun, walau apa jua yang aku lakukan kau tak pernah tinggalkan aku sendirian. Ketika aku menghadapi kedukaan kau sering berikan perhatian mencuba untuk mengurangkan bebenan. Disaat aku dalam kehampaan kau setia disisi mengajar ku erti kesabaran dan kekuatan. Ayah, walau kau sering sembunyikan senyummu aku lihat kegembiraan mu tika aku mengecapi kejayaan. Tapi anak mu ini tidak sehebat mana, ketika aku bersemuka dengan kegagalan tak kau biarkan aku terus tersungkur. Dengan kata-kata mu yang penuh azimat kau suntik ku dengan kata semangat serta restu dan doa kau iringkan buatku. Terima kasih ayah kerana sering berada di belakangku saat aku memerlukan. Aku mohon pada mu ayah agar merestui perjalanan hidup anakmu ini.perjalanan ku masih jauh dan aku berharap kau tidak akan pernah gugur dalam menyokong arah tujuku. Kuatkan semangatmu wahai ayahku dalam menempuhi dalam membesarkan dan mendidik anakmu ini kerana aku yakin pasti ada hikmah disebalik kepayahanmu ayah. Berikan anak-anakmu ini peluang untuk membalas segala jasa dan pengorbananmu. Anak-anakmu ini akan berusaha untuk memberikanmu kebahagiaan dan kesenangan hidup d dunia juga akhirat. Ingatkan juga anak-anakmu ini agar tidak lupa pada Yang Maha Esa. Terima kasih AYAH atas segala-galanya..TERIMA KASIH
Buatmu ibu...
Ibu, bergenang air mataku di saat terkenang dan terbayang wajahmu yang redup sayu. Tulusnya kasih yang kau berikan umpama laut yang tak ada penghujungnya. Walaupun kepahitan keperitan yang kau rasakan ketika membesarkan ku namun kau tidak pernah mengeluh dan berasa jemu.restu mu mengiringi kami anak-anakmu dari kecil hingga dewasa. Hidup mu telah kau pertaruhkan walaupun dirimu akan terkorban. Tidak ku mampu untuk membalas semua ini wahai ibu. Hanya satu yang mampu anak-anakmu ini lakukan ibu iaitu dengan doa kami panjatkan semoga Allah memberkati kehidupan mu. Ibu anakmu ini memohon seribu kemaafan andainya menguris hatimu sama ada secara langsung mahupun tidak. Jujur aku mohon restu mu ibu sepanjang perjalanan hudupku kerana di situ letak syurga ku. Sabarmu melayani kenakalan anakmu mengajarku erti kesabaran. Wahai ibu, ko adalah pelita hidupku yang menerangi ketika aku kegelapan menyuluh jalan kehidupan. Kasih sayangmu sungguh bernilai yang kau berikan. Ya Allah, kasihilah ibu yang telah melahirkan diriku seperti dia mengasihiku semasa kecilku. Berikan ibu kebahagiaan di dunia dan juga akhirat. Restuilah perjalanan anak-anakmu ini dan doakan lah mengecapi kebahagiaan dan kejayaan. Terima kasih ibu atas segala tunjuk ajar dan pengorbanan yang telah engkau berikan. Anak-anakmu ini memohon agar diberikan peluang untuk membalas jasamu walaupun tidak sebesar pengorbananmu.. terima kasih atas semuanya IBU...
No comments:
Post a Comment