Thursday, April 28, 2011

HaRi eSoK...

bulan berganti bulan..minggu semakin berlalu..dan akhirnya hari esok tiba jua. apakah hari esok masih ada untuk aku? apakah esok ada rezeki untuk aku? atau apakah esok berakhir segalanya?
Alhamdulillah jika hari esok masih ada untuk aku..terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini lagi dan juga peluang untuk aku memperbetulkan jalan dan lorong yg aku pilih. jadikanlah aku seorang hambaMu yg selalu ingat dan takut kepadaMu..
Andainya hari esok rezeki datang kepadaku dengan melimpah-ruah, ku panjatkan kesyukuran kepadaMU..namun aku mohon agar Kau ingatkan hambaMu ini untuk tidak mengunakannya ke jalan yg tidak memberi manfaat.
Jika hari esok adalah pengakhir untuk segalanya aku mengucapkan syukur kepadaMu kerana Kau lebih menyayangiku dan mengkehendaki aku lebih awal. terima kasih ya Allah kerana menyelamatkan aku dari masalah dunia. jika ini akan berlaku akhirilah kehidupan aku dgn tenang dan penuh keredhaanMu.

buat pertama kalinya hari esok berlaku tanpa mereka di sisi dan dalam suasana persekitaraan yg berbeza. buat pertama kalinya juga tidak ada insan yg membantu aku bangun tidur dan mengucapkan kata2 keramat pada tarikh yg jatuh pada hari esok.
buat pertama kalinya hari esok aku tidak mengharapkan mereka2 menghubungiku.
buat pertama kalinya aku jauh dari kalian yg aku sayangi untuk tarikh keramat yg jatuh pada esok hari.

terima kasih buat dua orang insan yg sangat aku sayangi kerana telah memberi kata2 untuk hari esok. kata2 yg kalian ungkapkan amat aku hargai..dan terima kasih kepada mereka yg ingat hari esok. terima kasih untuk segala-galanya...

seribu kemaafan aku mohon kepada kalian semua seandainya diri pernah menyinggung hati dan perasaan..maaf atas kesilapan dan kesalahan yg pasti ada. maaf untuk segalanya... (^_^)

Thursday, April 21, 2011

apa2 je la..

kita sebagai manusia sering menyimpulkan persepsi positif dan negatif kepada mereka yg buat pertama kali kita kenal. berikut adalah beberapa andaian tentang seseorang::

1. CANTIK , HANDSOME, LAWA
     mungkin ad yg mengatakan sy seorang yg cantik or handsome or lawa tp ketahuilah bahawa sy xla secantik, sehandsome, or selawa kwn2 yg lain. "awk", cantik,handsome, or lawa sy mungkin hnya pd pndgn mata awk. sy hrp biarlah hny pd pndgn mata awk dan bukan pd pndgn mata kwn2 awk or pd pndgn mereka y tak sepatutnya. sy minta jgn lah hny kerana kecantikan, kehandsomean, or kelawaan sy awk jd pendamping or rapat dgn sy. sy hny manusia yg perlu menjaga batas dan tatasusila.

2. MANIS.
    "awk", sy hny manis pd awk tp pd kwn2 lain sy biasa je.atau mungkin sy tak tahu yg sy manis kerana sy cuba utk tak ambil thu tntg semua tu. jika sy manis, awk tlg ingtkn sy utk menjaga kemanisan itu spy tak di slhertikan bila bercakap or melakukan sebarang aktiviti. ketahuilah awk, sy tak cuba utk menjadi manis tp itulah perilaku yg di anugerahkan kpd sy.

3. BAIK
     cukup baik ke sy pd awk?? "awk", sy xlah sebaik yg awk sangka..pd pndgn sy, sy seorang yg jahat. sy suka buli org n suka sgt menyakat org. fmly p0n slalu terkena ngn sy. maybe belum masa awk terkena ngn sy lg.kalo awk dh kenal sy sgt2 awk msti tahu siapa sy di sebalik fizikal yg mcm ni. jika boleh sy nk awk terus mendampingi sy spy sy menjadi lebih baik kerana awk ad seandainya sy melakukan perkara2 yg jahat or etc..

4. MESRA
    bleh sy tahu knp "awk" kata sy seorang yg mesra. buat pertama kali menjejakkn kaki ke **** n pd minggu d **** ad suara mengatakan sy tak mesra n nmpk s0mb0ng. tp setelah lma mereka mengatakan sy tak lah s0mb0ng cuma bg yg tak kenal mereka akn ckp mcm tu. awk tak rasa sy mcm tu ke?? tp sy mohon pd awk agar tegur sy jika sy terlebih mesra dgn siapa2 yg tak sepatutnya dan awk p0n jgn cuba utk mesra dgn sy.. JUZ FRENZ.

5. CUTE
     knp lah "awk" kata sy cute?? bkn awk sorg pnah kata sy cute tp sy rasa sy tak bleh terima kenyataan bahawa sy cute.hahaa...mungkin bg awk n mrk2 semua sy seorang yg cute part mana yg bwat sy cute sy p0n tak tahu. istilah cute bg sy adalah s0mething yg kecik n senang nk di bawa or di peluk. mcm teddy bear, jika sy seorang yg cute, awk tlg r sy jg spy sy still cute utk selama2nya walaupun kubur kata mari. tak kisah r cute dr segi ap yg pntg cute bkn cantik.

6. PEMALU
     buat pertama kalinya sy setuju dgn "awk".sy bleh r dikatakan sbg seorang yg pemalu utk the first time tp tak utk yg seterusnya.utk makluman awk, msa awk cll sy tak pernah nk cntrl2 or malu2 mcm certain drpd spesis sy (L/P). sy ckp mcm biasa je..sy xtau mcm mna r awk bleh kata sy seorang yg pemalu? tp seandainya tidak wujud dh perasaan malu kt diri sy mohon agar awk peringatkan sy semula kerana hilangnya sifat malu akn menyebabkn kita melakukan perkara yg tak sewajarnya.

7. PENYAYANG
    "awk", secara jujurnya sy tak tahu sma ad sy seorang yg penyayang or tak. sy hny tahu sy mempunyai sifat kelembutan di sebalik keganasan sy. awk ajarlah sy utk menjadi seorang penyayang..tp bkn yg pelik2.

8. XSOMBONG.
      Betul ke sy ni xs0mb0ng? “awk”, sy rasa sy seorg yg s0mb0ng. Tp rmi dlm kalangan kwn2 kata sy xsombong. Sebaliknya, sifat sy yg agak ganas jg menampakkan sy adlh seorg yg senang utk dijadikan kwn n senang utk mnta prtolongan.awk jg pernah kata sy lain dry g lain kerana sifat sy yg suka tegur s0me0ne yg sy kenal. TQ sbb selalu ingatkan sy utk tegur s0me0ne yg dikenali. Awk, tlg tegur sy seandainya sy mulai s0mb0ng atau bongkak kerana itulah yg akan menjahanamkan sy.
9. TINGGI
       “awk”, ketinggian sy bkn lah kayu ukur setinggi mna keimanan, akhlak dan ilmu yg sy ad. Bg sy , sy hanya tinggi dr segi fizikal tp masih rendah iman, ilmu dan akhlak yg sy ad. Awk, ketahuilah bahawa sy masih memerlukan masa utk melengkapkan TINGGI kerana tinggi bg sy adlh berbeza dr persepsi awk. Sy m0h0n pd awk utk sentiasa mengingatkan sy mencapai tahap tinggi sy sewajarnya.
10. CUN
       Part cun ni sy xtahu nk k0men ap. Pndi2 la awk tafsirkan ye..hanya awk yg tahu ap makna cun yg awk maksudkan.

p/s:: awk, TQ kerana memberikan pandangan awk tntg sy. Sy perlukan penilaian awk dr segi dalaman bkn dr pandangan mata kasar. TQ sgt.. (^_^)
    

Thursday, April 7, 2011

coretan buat ayah dan ibu..

Untukmu ayah...
            Ayah, ketika berjauhan baru ku rasa hangat kasihmu. Sungguh aku rindu untuk menatap redup wajahmu yang sering menemaniku. Ayah, sering kali aku terbayangkan ketenangan yang kau pamirkan di sebalik keresahan seperti tidak wujud masalah dalam hidupmu. Tapi aku tahu disebaliknya kau sembunyikan seribu satu masalah. maafkan  aku ayah jika aku juga merupakan salah satu pencetus masalah buatmu. Ayah, maafkan anak mu ini jika sering terlanjur kata kerana anak mu ini belum cukup matang dan sering menginginkan gurauan darimu. Namun, walau apa jua yang aku lakukan kau tak pernah tinggalkan aku sendirian. Ketika aku menghadapi kedukaan kau sering berikan perhatian mencuba untuk mengurangkan bebenan. Disaat aku dalam kehampaan kau setia disisi mengajar ku erti  kesabaran dan kekuatan. Ayah, walau kau sering sembunyikan senyummu aku lihat kegembiraan mu tika aku mengecapi kejayaan. Tapi anak mu ini tidak sehebat mana, ketika aku bersemuka dengan kegagalan tak kau biarkan aku terus tersungkur. Dengan kata-kata mu yang penuh azimat kau suntik ku dengan kata semangat serta restu dan doa kau iringkan buatku. Terima kasih ayah kerana sering berada di belakangku saat aku memerlukan. Aku mohon pada mu ayah agar merestui perjalanan hidup anakmu ini.perjalanan ku masih jauh dan aku berharap kau tidak akan pernah gugur dalam menyokong arah tujuku. Kuatkan semangatmu wahai ayahku dalam menempuhi dalam membesarkan dan mendidik anakmu ini kerana aku yakin pasti ada hikmah disebalik kepayahanmu ayah. Berikan anak-anakmu ini peluang untuk membalas segala jasa dan pengorbananmu. Anak-anakmu ini akan berusaha untuk memberikanmu kebahagiaan dan kesenangan hidup d dunia juga akhirat. Ingatkan juga anak-anakmu ini agar tidak lupa pada Yang Maha Esa. Terima kasih AYAH atas segala-galanya..TERIMA KASIH

Buatmu ibu...
       Ibu, bergenang air mataku di saat terkenang dan terbayang wajahmu yang redup sayu. Tulusnya kasih yang kau berikan umpama laut yang tak ada penghujungnya. Walaupun kepahitan keperitan yang kau rasakan ketika membesarkan ku namun kau tidak pernah mengeluh dan berasa jemu.restu mu mengiringi kami anak-anakmu dari kecil hingga dewasa. Hidup mu telah kau pertaruhkan walaupun dirimu akan terkorban. Tidak ku mampu untuk membalas semua ini wahai ibu. Hanya satu yang mampu anak-anakmu ini lakukan ibu iaitu dengan doa kami panjatkan semoga Allah memberkati kehidupan mu. Ibu anakmu ini memohon seribu kemaafan andainya menguris hatimu sama ada secara langsung mahupun tidak. Jujur aku mohon restu mu ibu sepanjang perjalanan hudupku kerana di situ letak syurga ku. Sabarmu melayani kenakalan anakmu mengajarku erti kesabaran. Wahai ibu, ko adalah pelita hidupku yang menerangi ketika aku kegelapan menyuluh jalan kehidupan. Kasih sayangmu sungguh bernilai yang kau berikan. Ya Allah, kasihilah ibu yang telah melahirkan diriku seperti dia mengasihiku semasa kecilku. Berikan ibu kebahagiaan di dunia dan juga akhirat. Restuilah perjalanan anak-anakmu ini dan doakan lah mengecapi kebahagiaan dan kejayaan. Terima kasih ibu atas segala tunjuk ajar dan pengorbanan yang telah engkau berikan. Anak-anakmu ini memohon agar diberikan peluang untuk membalas jasamu walaupun tidak sebesar pengorbananmu.. terima kasih atas semuanya IBU...

Wednesday, April 6, 2011

apakah itu cinta??

v  Itulah cinta jika kita tertarik pd org lain tp tetap setia mendampinginya tanpa pernah menyesal dimana kita menerima dia seadanya.

v  Itulah yg dinamakan cinta andai kita menerima segala kesalahan dan kekurangannya kerana itulah originality dirinya.

v  Itulah cinta dimana saat kita menangis dia ikut menangis sama walaupun dia kuat.

v  Itu barulah cinta dimana saat kita memaafkannya dan bersedia meski dia tetap menyakiti.

v  Itulah cinta jika kita tetap setia walau apa dugaan yg melanda, baik masa gembira mahupun duka.

v  Yup, itulah cinta yg sebenar iaitu kita bersedia memberikan hati, lembaran episode kehidupan, dan perit suka dan duka.

v  Itu bukan cinta, tetapi adalah suka. Suka berlaku di saat telapak tangan berpeluh, jantung berdegup pantas, dan sura tersekat saat berbicara dan berhampiran dengannya.

v  Itulah nafsu wahai teman..itu bukan cinta kerana kita tak dapat melepaskan pandangan atau genggaman dari dirinya.

v  Itu bukanlah cinta tetapi kesunyian. Disaat dia tak ada kita amat menginginkannya hanya sebagai teman.

v  Itulah kesetiaan dimana kita berada disampingnya ketika dia menginginkannya.

v  Itu adalah perasaan belas, bukan cinta. Kita menerima pengakuan cinta yang di beri kerana tidak ingin menyakitinya.

v  Itu bukan cinta, itu ketergantungan di mana kita berada di sisinya di saat dia memelukmu atau mengenggam tangan.

v  Itu tergila-gila namanya, bukan cinta kerana kita hanya memikirkan dan ingin memilikinya hanya kerana tatapan matanya membuat hati berdebar-debar.

v  Itulah persahabatan, bukan cinta. Kita sanggup memaafkan segala kesalahannya tanpa menghiraukan hal yang telah berlaku.

v  Itu adalah dusta namanya, tidak layak di gelar cinta iaitu setiap hari dia mengukapkan bahawa kita adalah satu-satunya orang yg dia sering fikirkan.

v  Itu bukan cinta, itu dermawan jika kita berikan semua benda kesayangan kita kepadanya.


** wahai teman, pejamkan mata anda tenangkan fikiran dan tarik nafas perlahan-lahan dan hembus..bayangan siapakan yang pertama kali muncul dalam fikiran anda.mungkin dialah insan yg bertuah tersebut.. jika dia yg anda harapkan Alhamdulillah.dan jika sebaliknya,terimalah apa adanya kerana pasti ada hikmah disebaliknya.. (^_^)

renungkan wahai sahabatku..inikah yg anda maksudkan CINTA?

Assalamualaikum wahai teman sekalian... dunia kini, ramai dalam kalangan kita  yg sering membicarakan tentang cinta manusia dari cinta kepada yg Maha Esa. Bangkitlah dari kealpaan cinta duniawi wahai teman..masa kita sudah hampir ke penghujungnya. CINTA? terlalu ramai dlm kalangan kita yg mengungkapkannya dgn mudah.sbg seorang remaja sy jg tak lepas dr memikirkannya.tapi bg pndgn mata kasar sy cinta akn membuatkn kita jd leka,yg hina d pndg mulia,y hodoh d pndg cantik, y bodoh menjadi cerdik, y rendah d pndg tinggi, y hitam menjadi putih..begitu besar pandangan kita disebalik perkataan CINTA. renungkanlah prihal cinta kt bwh ni ea...
 
1. Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.

2. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta semakin sukar dimiliki.

3. Cinta menjadikan pengecut jadi berani, yang bakhil jadi penderma. Si bodoh jadi pintar, mempertajam pena para pengarang, mendatangkan kegembiraan dalam jiwa dan perasaan.
 
4. Cinta adalah energi, yang membuat sang pencinta memiliki tatapan pinta pada  tuhannya. Pandangan kasihnya jatuh jua ke retina cinta, takkan berpaling selamanya. Lalu senyuman pun merekah, mekar dari kucupan cinta. Bahkan dikala menangis, ia menimba kasih dari mata air cinta.

5. Sebab adalah nyawa bagi cinta. Sebab sembarangan hanya akan menumbuhkan cinta yang sembarangan. CINTA YANG ABADI MEMERLUKAN SEBAB YANG ABADI. Adalah dusta jika kau berkata cintamu abadi. Padahal sebab cintamu HANYA KECANTIKAN FANA, KEKAYAAN SEMENTARA, ATAU PERANGAI SANDIWARA.
 
6. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau. Saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir.
 
7. CINTA ADALAH BERSATUNYA 2 Jiwa Dalam 1 Hati, DAN 2 Hati Dalam Satu Debaran