Monday, May 21, 2012

andai aku berubah...masih adakah teman2 di sisi??

Ramai dalam kalangan kita yang hanya memahami HIJRAH dalam konteks yang umum iaitu perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pernahkah kita specific kan maksud itu dengan lebih mendalam dan dekat dengan diri kita?? Di sini saya ingin berkongsi sebuah coretan yang membicarakan tentang niat hijrah seorang hamba.

Hijrah ku mungkin akan membawa perubahan yang sangat ketara pada pandangan mata umum..Dan mungkin juga bakal dicaci serta di pandang serong..Tapi itulah niat yang tersemat dalam nurani ini.Ingin menjadi seorang yang tidak mengetahui apa2 macam diri aku yang dulu. menjadi seorang yang tidak mengetahui apa2 membuat aku tenang berbanding menjadi seorang yang mengetahui dan mengikuti peredaran zaman. Bukan tidak suka tapi hati tidak setenang dulu..Mungkin ada yang menganggap ini kerja yang bodoh tapi tidak bagi aku. Mencari diri yang dulu sangat susah...aku rindu akan diri yang dulu.

Teman2, hijrah ku kali ini mungkin akan mengores hati korang kerana aku akan menyepi dari kalian..tapi aku sangat2 memerlukan sokongan kalian semua...kini aku tidak seperti dulu.segala amalan jarang terlaksana.tidak seperti dahulu...aku takut untuk menghadapi dunia.dunia kini penuh dengan tipu helah dan sandiwara.aku takut terjerumus ke dalam permainan itu...mampukah aku untuk kembali seperti diri aku yang dulu wahai teman?? aku tidak seperti kalian..kalian dapat mengikuti peredaran zaman.tapi aku,aku takut untuk berdepan dengan reality kini...

Setiap permulaan untuk melakukan pekerjaan itu bermula dengan niat. Hijrah hati itulah niat seorang insan yang kerdil ini..mohon dipermudahkan segala-galanya..teman2 terbaik ku, pasti kalian tahu siapa diri sebelum ini. kini diri ku seperti semakin terikut dengan peredaran zaman..mungkin kalian tidak melihat semua itu kerana perubahan itu sangat kecil untuk dilihat dengan pancaindera jika tidak di teliti dengan sedalam-dalamnya. Niat dihati untuk menjadi seorang yang diredhai olehNya.. adakah aku boleh menjadi kekasihNya??

Hijrah ku bukan kerana aku ingin menunjuk tetapi untuk berusaha mencari keredhaanNya. kalian tahu, aku sangat sakit menghadapi reality kini dan aku sangat takut. tapi aku tidak mampu untuk berbicara secara langsung dengan kalian kerana aku tahu kalian pasti akan buat derk je.Teman, andai aku berubah menjadi insan yang baru maka aku memohon agar kalian sentiasa berada di sisi memberi sokongan...andai diri ini tidak sekerap dulu keluar dengan kalian maafkan diri ini. aku tidak punya ramai teman yang memahami..tapi aku sangat2 memerlukan kalian.doakan sahabat mu ini untuk dipermudahkan niatnya dan dilembutkan terus hatinya untuk kembali atas redhaNya..

Teman, seperti yang kalian ketahui aku seorang yang flexible. boleh buat apa sahaja tugas yang diberi...walau tertekan macam mana pun pasti diselesaikan sebaik yang mungkin. Aku berharap kalian juga menjadi seorang yang flexible seperti aku.Pernah ku katakan pada kalian bahawa aku akan menunggu kalian di sini tetapi hanya dua orang daripada kalian sahaja yang menikut aku ke sini di mana kalian? suadah tidak ada ke semangat itu dalam diri kalian? oleh itu, kali ini aku sangat mengharap kalian mendoakan penghijrahan yang bakal aku lakukan sekaligus mengikut aku..

"NIAT sahaja sudah tercatat pahala, apa lagi jika MELAKSANAKANNYA...permudahkan segala-galanya Ya Allah. pelihara HATI ini...lindungi DIRI ini..dan tetapkan NIAT ini untuk menjadi insan yang baik walau tidak sebaik kekasihMu yang lain tetapi berilah peluang kepada hambaMu ini. cantikkan lah AKHLAK ku seperti Engkau mengelokkan kajadian ke atas diriku" Allahuwahlam...



Tuesday, May 15, 2012

coretan buat mereka yg disayangi,,

"hello"
"hello, knp pa?"
"xda apa2..try cll sbb cll mama xdpt"
"mau ckp dgn mama?"
"xpyh la pa...org bwt assignment dlu.nt cll blk r.."
"ne ada mama di sebelah..jap ya"
"hello ma..assalamualaikum!"
"hello,wa'alaikumsalam! ko bwt apa"
"bwt assgmnt..knp ma?"
"xda la..saja.ko sht?"
"alhamdulillah sht..knp?mama mau ckp apa?kakak mau bwt assgmnt ne"
"owh..xda apa.bha bwt la assgmnt tu dlu"
"okai..nt ada apa2 cll blk ea.ehh...mama2x! slmt ari ibu!!..ibu2x engkaulah ratu hatiku..bila ku berduka engkau hiburkan selalu..ibu2x, engkauklah ratu hatiku!!"
"hehe...terima kasih ming! jga diri baik2, blajar rajin2, n jgn boros. jimat duit tu"
"insha'Allah...okai la ma.assalamualikum!"
"wa'alaikumsalam! jgn lupa..bye"
"ok2..bye"


*tersebut merupakan perbualan seorang ibu dgn anaknya...ibu merupakan guru yang membentuk keperibadian kita.tanpa tunjuk ajarnya pada awal tumbesaran mungkin kita akan kecundang sebelum melangkah ke medan perang. TQ to all mothers, especially loving u...not once a year but every seconds!!




"oh guruku
yg amat ku sayang
kasih yg kau curah
selama-lamanya....


kami sanjungi kami hargai
jasamu cikgu tidak terperi
kami berjanji akan meneruskan
segala harapan yg engkau impikan.."


*lagu ni telah dicipta oleh para wirawati delta kumpulan 1,siri 5/2010 khas buat jurulatih yg melatih mereka..segala kenangan, pengalaman, tunjuk ajar, dan ilmu serta nasihat yg di berikan akan kami kenang...TQ cikgu.walaupun anda bukan guru yg mengajar kami kenal A,B,C tapi anda cikgu dalam memberi kami kenangan yang paling manis...




"kami guru Malaysia...
berjanji dan berikrar...
mendidik dan memimpin..
putera putri negara bangsa..


pada seri paduka...
kami tumpahkan setia..
rukun negara kita..
panduan hidup kami semua.."


*selamat hari guru kpd semua guru2 semalaysia....lagu yg pnah aku join nyanyi gak tym jd MC hari guru..mmg mantap lah.dpt rasa aura lgu tu..lg2 kne baca sajak  A.Samad Said tu...nak mengalir je air mata.meresap ke kalbu msg tu. aku yg xpnah bersajak, berpantun, bersyair dpn anggaran 500 student tetiba je bleh bwt for the first tym. nsb x rosak majlis oleh aku. TQVM cikgu kerana menjadikan sy seorang yg berjaya hingga tahap ne dan akan dtg.

Thursday, May 3, 2012

JIKA ESOK SUDAH TIADA BG KU...


Suatu ketika  aku pernah bermimpi di datangai seorang lelaki yang aku tidak dapat lihat paras rupanya. Aku bermimpikan insan ini ketika aku terlelap selepas balik dari sekolah sekitar waktu asar.. Jujur aku terlelap tidaklah begitu lama. Hanya dalam beberapa minit sahaja. Dalam mimpi tersebut lelaki itu menghampiri aku yang terbaring di atas katil lalu menyentuh tanganku untuk membawa aku pergi. Dan dalam keadaan terpinga-pinga aku bertanya "nak ke mana??". Lalu dia hanya tersenyum..sungguh melihat insan tersebut membuat aku sangat lapang dan tenang. Dia hanya mengangguk apabila aku bertanyakan soalan tersebut.. Aku dengan perasaan yang kurang selesa terus menggeleng menandakan aku tidak mahu untuk mengikutnya. Dia terus berlalu dengan senyuman dan selepas pemergiannya aku terjaga. Mimpi tersebut umpama reality. Aku seolah-olah berhadapan dengan insan tersebut.... Alhamdulillah aku masih bernafas d bumi ini. Aku menulis kisah ini selepas membaca sebuah artikel yang lebih kurang sama dengan mimpi ini.Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa lelaki yang mengikut insan itu pergi telah pergi selamanya tanpa meninggalkan sebarang pesan buat keluarga dan sahabatnya..Dan seandainya aku mengikut insan tersebut pergi mungkin aku akan pergi buat selamanya..


so, tujuan aku menulis pada kali ini adalah untuk memohon seribu kemaafan seandainya diri ini pernah menyakiti hati saudara saudari sekalian..bukan untuk membuat anda semua touching or meraih perhatian dengan menulis kisah ini. sekadar perkongsian bersama sahaja...seandainya esok sudah tidak wujud bagi ku maka maafkan lah sahabat mu ini dan halalkan lah segala-galanya. diri ini kerana terlalu banyak menyusahkan orang dan membuat mereka merasa ridak selesa. buat satu-satunya insan yang sangat2 terasa dengan percakapan ku pada minggu lalu (cj), aku mohon maaf dan mohon kau tidak simpan dalam hati. jika dengan tidak menghubungi ku boleh buat kau selesa..aku redha. cuma berikan kemaafan kepada ku supaya memudahkan pemergian ku seandainya inilah harinya... buat teman2 rapat dan teman seperjuangan, teruskan usaha kalian... buat seorang perempuan yang mungkin jelous dengan perhubungan aku dgn boyfriend nya, aku mohon maaf.. kami hanya sekadar sahabat. perkenalan korang sudah memakan masa yang begitu lama. kenapa perlu sangsi dengan persahabatan ktorang yang begitu singkat? anda lebih kenal dia..sekiranya dia ingin berpaling mungkin dia sudah melakukannya sejak sekian lama..tapi dia tidak melakukannya kerana dia sangat2 sayangkan anda..terima dia seadanya, beri dia masa dan ruang untuk bersosial dengan teman2nya kerana anda juga sibuk dengan tugasan anda. percayakan dia sepenuhnya... untuk lelaki tersebut, sejauh mana kau nak uji hati dan perasaan aku? aku akan berusaha untuk menganggap kau sebagai sahabat kerana untuk menyakiti kaum sejenis ku, aku tidak mampu melainkan itu sudah takdirNya.n maaf jika diri ini semakin menjauh,,ini terbaik untuk kalian...

   "SALAM SAYANG BUAT KALIAN SEMUA" :)







WIF MR.T..