Thursday, May 3, 2012

JIKA ESOK SUDAH TIADA BG KU...


Suatu ketika  aku pernah bermimpi di datangai seorang lelaki yang aku tidak dapat lihat paras rupanya. Aku bermimpikan insan ini ketika aku terlelap selepas balik dari sekolah sekitar waktu asar.. Jujur aku terlelap tidaklah begitu lama. Hanya dalam beberapa minit sahaja. Dalam mimpi tersebut lelaki itu menghampiri aku yang terbaring di atas katil lalu menyentuh tanganku untuk membawa aku pergi. Dan dalam keadaan terpinga-pinga aku bertanya "nak ke mana??". Lalu dia hanya tersenyum..sungguh melihat insan tersebut membuat aku sangat lapang dan tenang. Dia hanya mengangguk apabila aku bertanyakan soalan tersebut.. Aku dengan perasaan yang kurang selesa terus menggeleng menandakan aku tidak mahu untuk mengikutnya. Dia terus berlalu dengan senyuman dan selepas pemergiannya aku terjaga. Mimpi tersebut umpama reality. Aku seolah-olah berhadapan dengan insan tersebut.... Alhamdulillah aku masih bernafas d bumi ini. Aku menulis kisah ini selepas membaca sebuah artikel yang lebih kurang sama dengan mimpi ini.Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa lelaki yang mengikut insan itu pergi telah pergi selamanya tanpa meninggalkan sebarang pesan buat keluarga dan sahabatnya..Dan seandainya aku mengikut insan tersebut pergi mungkin aku akan pergi buat selamanya..


so, tujuan aku menulis pada kali ini adalah untuk memohon seribu kemaafan seandainya diri ini pernah menyakiti hati saudara saudari sekalian..bukan untuk membuat anda semua touching or meraih perhatian dengan menulis kisah ini. sekadar perkongsian bersama sahaja...seandainya esok sudah tidak wujud bagi ku maka maafkan lah sahabat mu ini dan halalkan lah segala-galanya. diri ini kerana terlalu banyak menyusahkan orang dan membuat mereka merasa ridak selesa. buat satu-satunya insan yang sangat2 terasa dengan percakapan ku pada minggu lalu (cj), aku mohon maaf dan mohon kau tidak simpan dalam hati. jika dengan tidak menghubungi ku boleh buat kau selesa..aku redha. cuma berikan kemaafan kepada ku supaya memudahkan pemergian ku seandainya inilah harinya... buat teman2 rapat dan teman seperjuangan, teruskan usaha kalian... buat seorang perempuan yang mungkin jelous dengan perhubungan aku dgn boyfriend nya, aku mohon maaf.. kami hanya sekadar sahabat. perkenalan korang sudah memakan masa yang begitu lama. kenapa perlu sangsi dengan persahabatan ktorang yang begitu singkat? anda lebih kenal dia..sekiranya dia ingin berpaling mungkin dia sudah melakukannya sejak sekian lama..tapi dia tidak melakukannya kerana dia sangat2 sayangkan anda..terima dia seadanya, beri dia masa dan ruang untuk bersosial dengan teman2nya kerana anda juga sibuk dengan tugasan anda. percayakan dia sepenuhnya... untuk lelaki tersebut, sejauh mana kau nak uji hati dan perasaan aku? aku akan berusaha untuk menganggap kau sebagai sahabat kerana untuk menyakiti kaum sejenis ku, aku tidak mampu melainkan itu sudah takdirNya.n maaf jika diri ini semakin menjauh,,ini terbaik untuk kalian...

   "SALAM SAYANG BUAT KALIAN SEMUA" :)







WIF MR.T..


No comments:

Post a Comment