bulan berganti bulan..minggu semakin berlalu..dan akhirnya hari esok tiba jua. apakah hari esok masih ada untuk aku? apakah esok ada rezeki untuk aku? atau apakah esok berakhir segalanya?
Alhamdulillah jika hari esok masih ada untuk aku..terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini lagi dan juga peluang untuk aku memperbetulkan jalan dan lorong yg aku pilih. jadikanlah aku seorang hambaMu yg selalu ingat dan takut kepadaMu..
Andainya hari esok rezeki datang kepadaku dengan melimpah-ruah, ku panjatkan kesyukuran kepadaMU..namun aku mohon agar Kau ingatkan hambaMu ini untuk tidak mengunakannya ke jalan yg tidak memberi manfaat.
Jika hari esok adalah pengakhir untuk segalanya aku mengucapkan syukur kepadaMu kerana Kau lebih menyayangiku dan mengkehendaki aku lebih awal. terima kasih ya Allah kerana menyelamatkan aku dari masalah dunia. jika ini akan berlaku akhirilah kehidupan aku dgn tenang dan penuh keredhaanMu.
buat pertama kalinya hari esok berlaku tanpa mereka di sisi dan dalam suasana persekitaraan yg berbeza. buat pertama kalinya juga tidak ada insan yg membantu aku bangun tidur dan mengucapkan kata2 keramat pada tarikh yg jatuh pada hari esok.
buat pertama kalinya hari esok aku tidak mengharapkan mereka2 menghubungiku.
buat pertama kalinya aku jauh dari kalian yg aku sayangi untuk tarikh keramat yg jatuh pada esok hari.
terima kasih buat dua orang insan yg sangat aku sayangi kerana telah memberi kata2 untuk hari esok. kata2 yg kalian ungkapkan amat aku hargai..dan terima kasih kepada mereka yg ingat hari esok. terima kasih untuk segala-galanya...
seribu kemaafan aku mohon kepada kalian semua seandainya diri pernah menyinggung hati dan perasaan..maaf atas kesilapan dan kesalahan yg pasti ada. maaf untuk segalanya... (^_^)
hpy befday.. beb!..
ReplyDeletetqvm dear..
ReplyDelete